Page 185 - My FlipBook
P. 185
Rujuklah dengan pensyarah-pensyarah anda. Mereka mengetahui kemampuan anda dan seterusnya menasihatkan 185
anda sama ada untuk menggugur atau menambah kursus-kursus.

iv. Keperluan program
Fahami keperluan program yang anda ikuti. Kegagalan anda berbuat demikian boleh menjejaskan pencapaian

akademik anda.

v. Mengenali Dekan/Pensyarah dan Staf Pengurusan
Kenalilah Dekan, Timbalan Dekan, Penyelaras, Ketua Program, Pensyarah-pensyarah dan staf pengurusan di Fakulti

anda.

Segala urusan akan menjadi lebih mudah bila anda mengenali mereka.

b. Kuliah

i. Kehadiran
Sebagai pelajar, tanggungjawab utama anda ialah hadir mengikuti kuliah. Sifat malas untuk ke kuliah hanya merugikan
diri sendiri.

ii. Ketepatan masa
Hargailah masa. Anda perlu ke kuliah tepat pada waktunya, kalaupun tidak lebih awal.

iii. Rupa diri dan persiapan
Buatlah persiapan untuk menghadiri kuliah dengan sempurna. Rupa diri yang kemas dan peralatan kuliah yang

mencukupi akan membantu anda mengikuti perjalanan kuliah dengan sempurna.

iv. Tugasan
Siapkan semua tugasan yang diarahkan oleh pensyarah. Komitmen anda akan diukur berdasarkan kualiti tugasan

anda.

v. Menghormati pensyarah
Hormatilah pensyarah anda di dalam dan di luar kuliah. Mereka adalah sumber ilmu.

vi. Peralatan kuliah
Pastikan peralatan di bilik kuliah mencukupi untuk menjalankan kuliah. Maklumkan kepada Pejabat Pentadbiran

Fakulti dengan segera mengenai apa-apa kekurangan.

vii. Menghormati rakan
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190