Page 182 - My FlipBook
P. 182
16.0 LARANGAN KEPADA PELAJAR MENURUT AKTA 174
Kaedah 3
Seseorang pelajar tidak boleh :
a. Mencemarkan nama baik UiTM atau melanggar peraturan tatatertib yang sedang berkuatkuasa.
b. Melanggar peruntukan mana–mana undang–undang bertulis di dalam atau di luar kampus.
c. Mengganggu perjalanan kuliah, aktiviti atau program yang dianjurkan oleh UiTM.
d. Menghalang pelaksanaan tugas mana–mana kakitangan UiTM dengan apa cara sekalipun.
e. Menghalang mana–mana pelajar UiTM daripada menghadiri kuliah, tutorial atau sebarang program atau aktiviti yang
sah.
f. Memboikot/memulaukan mana–mana peperiksaan, kuliah, tutorial dan semua program anjuran UiTM.
g. Merosakkan harta benda UiTM (vandalisme).
h. Mengalihkan sesuatu objek atau harta dengan tujuan menghalang atau menimbulkan kesusahan dan mudarat
kepada mana–mana orang.
i. Melanggar peraturan atau arahan mana–mana pegawai perpustakaan mengenai kemudahan perpustakaan, buku
dan lain–lain.
j. Membawa masuk nota atau membawa keluar apa–apa bahan bercetak yang tidak dibenarkan ke dalam bilik
peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
k. Berhubung dengan mana–mana pelajar semasa peperiksaan dijalankan dengan apa–apa cara sekalipun.
Kaedah 4
Setiap pelajar wajib menghadiri kuliah kecuali mendapat kebenaran untuk tidak menghadirinya atau jika keadaannya tidak
mengizinkan.
Kaedah 5
Setiap pelajar wajib menduduki peperiksaan kecuali mendapat kebenaran untuk tidak mendudukinya atau jika keadaannya
tidak mengizinkan.