Page 184 - My FlipBook
P. 184
Kaedah 17
Pelajar dilarang memiliki, melihat, mendengar atau mengedar apa–apa bahan lucah dalam kampus.

Kaedah 18
Pelajar dilarang memiliki dadah atau racun serta alat perkakasnya.

Kaedah 19
Pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan dalam kampus.

Kaedah 20
Pelajar dilarang membuat bising yang mengganggu orang lain.

Kaedah 21
Pelajar dilarang menggunakan sekitar kawasan kampus sebagai tempat tidur kecuali di asrama.

Kaedah 22
Pelajar dilarang memasuki kawasan larangan keluar masuk bagi pelajar.

Kaedah 23
Pelajar mestilah sentiasa memakai kad pelajar setiap masa sepertimana yang diarahkan UiTM.

Kaedah 24
Pelajar yang ingkar arahan yang dikeluarkan oleh mana–mana pegawai universiti adalah bersalah atas kesalahan tatatertib.

184 17.0 ETIKA PELAJAR

17.1 AKADEMIK

a. Pra Kuliah

i. Pendaftaran Pelajar
Anda perlu mendaftar untuk mendapat status pelajar UiTM. Tanpa berbuat demikian, segala urusan berkaitan diri

anda dengan pelbagai pihak di Universiti adalah tidak sah.

ii. Pendaftaran kursus
Anda mesti mengetahui kursus untuk diikuti pada setiap semester dan mendaftarkan kursus-kursus tersebut.

Kecuaian anda mendaftarkan kursus menyebabkan anda tidak boleh mengikuti kuliah dan seterusnya menyebabkan
anda gagal dalam kursus berkenaan.

iii. Pengguguran/Penambahan kursus
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189