Page 181 - My FlipBook
P. 181
Bagi memudahkan pergerakan pelajar di dalam dan di luar kampus, pihak universiti menyediakan perkhidmatan bas
UiTM untuk membawa para pelajar ke tempat di mana kuliah diadakan. Pelajar boleh mengunakan perkhidmatan
bas ini untuk berulang alik dari kampus ke tempat kuliah dan ke destinasi lain mengikut jadual dan laluan bas
tersebut.

15.0 AKU JANJI PELAJAR KEPADA KOLEJ KEDIAMAN 181

i. Akan sentiasa mematuhi Undang–Undang Mahasiswa Akta 174, Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan apa–
apa arahan yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari masa ke semasa
sepanjang saya menjadi mahasiswa UiTM.

ii. Akan sentiasa mematuhi segala peraturan UiTM, peraturan kolej dan arahan dari semasa ke semasa.

iii. Tidak akan sama sekali melibatkan diri dari atau dilihat sebagai melibatkan diri dengan mana–mana parti politik
melainkan parti pemerintah atau mana–mana jua pertubuhan lain kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

vi. Akan sentiasa menggunakan peralatan dan kelengkapan kolej dengan penuh tanggungjawab.

v. Akan bertanggungjawab untuk membayar gantirugi kepada UiTM ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kecacatan
harta benda UiTM yang disebabkan oleh kecuaian atau disengajakan.

vi. Akan menghadiri 3 peringkat program

- Anjuran Universiti (sekurang–kurangnya sekali)

- Anjuran HEP/ Persatuan Dalaman (3 kali)

- Anjuran Kolej (5 kali)
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186