Page 190 - My FlipBook
P. 190
17.4 ETIKA KESELAMATAN
a. Keselamatan diri
Sebarang ancaman keselamatan yang berlaku boleh merubah matlamat seseorang pelajar di UiTM. Oleh itu setiap
mahasiswa/mahasiswi seboleh mungkin memberitahu pensyarah, pengetua atau pegawai penghuni dimana anda
berada ketika ke luar kampus.
b. Keluar secara Kumpulan
Muafakat membawa berkat. Bagi mahasiswi, demi keselamatan lebih sesuai jika bergerak secara berkumpulan.
c. Ketahui apa yang anda bawa
Malang tidak berbau. Manusia tidak sunyi dari penganiayaan dan pengkhianatan asalkan hajat tercapai. Anda
mungkin diperalatkan. Oleh itu ketahui dan sedarilah apa yang anda bawa.
d. Melapor kerosakan elektrik
Di kolej dan di rumah juga saudara/saudari terdedah dengan kemalangan. Melapor sebarang kerosakan elektrik
kepada pihak kolej adalah tindakan paling bijak. Elakkan membaiki sendiri kerosakan yang berlaku.
e. Awasi tetamu kebilik anda
Kapasiti yang ramai menjadikan setiap dari kita perlu peka terhadap orang yang kita kenali dan sebaliknya. Awasilah
sesiapa yang berkunjung ke bilik kita, mungkin mereka berniat untuk menceroboh.
f. Keselamatan harta benda
Harta benda UiTM dan milik sendiri adalah tanggungjawab bersama untuk memelihara. Awasilah harta benda
anda dari kecuaian kerana kehilangan akan mengakibatkan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan tumpuan
terhadap pengajian tergendala.
190 17.5 ETIKA BERPAKAIAN
a. Cara berpakaian.
Pakaian yang kemas dan sopan adalah lambang ketinggian ilmu individu. Setiap urusan anda sama ada di kuliah,
pentadbiran atau di padang adalah urusan rasmi, maka amalkan cara berpakaian sopan. Anda tidak akan rugi
berbuat demikian. Mahasiswa pendokong akhlak mulia dan kesopanan.
b. Ke arah pembinaan generasi korporat
Memahami etika dunia korporat adalah penting bagi setiap mahasiswa. Disamping kelulusan akademik yang baik,
penilaian sahsiah rupadiri serta sikap stafnya yang positif juga menjadi aset kepada pihak syarikat untuk menarik
klien mereka. Pupuklah imej korporat ketika anda sedang belajar agar anda tidak menjadi janggal ketika berada di
dunia sebenar kelak.