Page 188 - My FlipBook
P. 188
b. Mematuhi protokol
Setiap sesuatu di dunia ini dijadikan mengikut peraturannya tersendiri. Untuk itu, patuhilah protokol yang telah

ditetapkan sebagai menjaga adab dan kesopanan diri.

c. Teladan yang baik
Sebagai pemimpin, anda adalah contoh teladan kepada mereka yang dipimpin. Pemimpin yang baik seharusnya

menunjukkan contoh sosial dan akademik yang baik agar boleh dijadikan teladan dan ikutan oleh mereka yang
dipimpin.

d. Menjaga tuturkata
Bahasa adalah jiwa bangsa. Bahasa juga menentukan tamadun bangsa. Tuturkata yang bersopan dan bijak serta

sesuai penggunaannya mengikut masa, tempat dan keadaan amat diperlukan oleh seseorang pemimpin. Tuturkata
yang bersopan dan bijaksana mencerminkan ketrampilan seorang pemimpin.

e. Berfikiran terbuka
Seorang pemimpin pastinya sentiasa diuji dengan berbagai-bagai masalah. Sabar dalam segala tindakan dan

sentiasalah berfikiran positif dalam menangani isu-isu sensitif. Kepentingan individu tidak boleh diutamakan malah
keadilan dan kebenaran haruslah diutamakan.

f. Mendengar dan menghormati pandangan orang lain
Pemimpin adalah dipilih untuk memimpin. Apalah guna pimpinan, seandainya tiada komunikasi dua hala antara

pemimpin dan yang dipimpin. Gunakanlah pandangan dan nasihat orang lain sebagai cermin diri. Oleh itu rasa
hormat menghormati dan kebolehan mendengar pandangan orang lain perlulah disemai dan dipraktikkan dalam
diri.

g. Tidak mengganggu aktiviti lain
Elakkan mengganggu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak lain. Sebagai pemimpin, anda seharusnya membantu

mereka melaksanakan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

h. Berpersonaliti dan mudah didekati
Sebagai pemimpin anda haruslah mempunyai personaliti yang menarik, berketrampilan dan mudah didekati. Oleh

yang demikian, jagalah penampilan diri anda.

i. Jangan diperalatkan
Tugas kepimpinan adalah amanah. Hargailah dan peganglah amanah tersebut di mana-mana sahaja anda berada.

Janganlah sekali-kali membiarkan diri anda diperalatkan dan memperalatkan diri anda sendiri dengan status
“pemimpin” untuk memusnahkan amanah.
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193