Page 183 - My FlipBook
P. 183
Kaedah 6
Seorang pelajar tidak boleh menerbit atau mengedar teks kuliah sama ada untuk mendapatkan bayaran atau sebaliknya.

Kaedah 7
Seorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak dibenarkan menjalankan perhimpunan kecuali mendapat

kebenaran Naib Canselor atau wakilnya.

Kaedah 8
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki atau menggunakan pembesar suara, kecuali mendapat

kebenaran Naib Canselor atau wakilnya.

Kaedah 9
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tidak boleh membuat, memiliki atau mengibar panji–panji, poster, bendera,

pelekat, lambang yang boleh menimbulkan kekacauan, keengkaran dan pelanggaran Akta 174.

Kaedah 10
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak boleh menerbitkan atau mengedarkan sebarang dokumen di dalam

atau di luar kampus kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor atau wakilnya.

Kaedah 11
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak boleh menjalankan, mengorganisasi atau menyertai aktiviti di luar

kampus kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor.

Kaedah 12
Seseorang pelajar dilarang bekerja, berniaga atau aktiviti lain yang pada pendapat Naib Canselor tidak diingini.

Kaedah 13
Pelajar dilarang memberikan kenyataan kepada akhbar, penjawat awam atau kepada orang ramai mengenai hal ehwal

UiTM. 183

Kaedah 14
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang membuat bantahan secara bertulis atau apa sahaja cara mengenai

kehadiran orang lain atau terhadap penyingkiran atau pengeksklusian orang daripada kampus.

Kaedah 15
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang berjudi di dalam kampus.

Kaedah 16
Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang meminum atau memiliki minuman keras (liquor) di dalam kampus.
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188