Page 189 - My FlipBook
P. 189
Bekerjasama dengan pihak pimpinan Universiti
Jangan tanya apa yang Universiti dapat berikan kepada anda. Sebaliknya tanyalah apa yang anda boleh berikan

kepada warga Universiti. Tumpukan tenaga anda untuk bermuafakat dan bekerjasama ke arah mewujudkan kampus
yang dinamik dan berdaya saing.

k. Keputusan kolektif
Dapatkan suara ramai dalam melaksanakan program kerana ia membawa kepada kemuafakatan.

17.3 ETIKA TERHADAP PERSEKITARAN 189

a. Amalan kebersihan
Kebersihan amat dituntut dalam Islam. Kesihatan anda akan lebih terjamin sekiranya anda menjaga kebersihan

persekitaran kamar tidur/dorm, bilik mandi, tandas dan bilik kuliah.

b. Suasana harmoni
Tempat belajar tenang adalah sumber inspirasi utama. Terapkan budaya memelihara suasana harmoni di bilik kuliah

dan fakulti.

c. Tabiat merokok
Merokok memusnah diri, mencemar alam sekitar dan membazir wang. Buanglah tabiat buruk ini kerana UiTM juga

adalah zon larangan merokok.

d. Membuang sampah
Setiap sudut di kampus telah disediakan tong sampah. Jauhi tabiat suka membuang sampah merata-rata. “ Kampus

dipelihara sivik diutama.

e. Cintai tumbuhan
Tumbuhan adalah penyumbang kehidupan sejagat yang unik. Pelihara dan cintailah kehijauan yang terdapat di kolej,

fakulti dan sekitar kampus.

f. Kebisingan dan pencemaran udara
Kenderaan adalah penting untuk pergerakan di kampus. Penunggang yang berhemah adalah mereka yang tertib

di jalanraya. Bunyi motosikal terkawal dan asap tidak mencemar alam sekitar. Pastikan kenderaan anda dalam
keadaan selamat untuk digunakan.

g. Keselamatan jalanraya
Hargailah nyawa anda dan orang lain dengan mematuhi had laju semasa memandu di dalam kampus. Ibu bapa anda

sentiasa mendoakan anda. Jangan hampakan mereka.
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194