Page 194 - My FlipBook
P. 194
g. Penggunaan kemudahan
Gunakanlah kemudahan-kemudahan di kolej seperti elektrik, air, telefon awam dan komputer dengan cermat. Elakkan

penggunaan yang membazir dan berikan peluang kepada rakan-rakan untuk menggunakannya.

h. Kebersihan Bilik
Jagalah kebersihan bilik anda. Usahlah mengharap orang lain membersihkan sampah di bilik anda sendiri.

i. Prihatin
Ketahuilah rakan sebilik anda. Jagalah kebajikan mereka sepertimana anda menjaga diri sendiri. Usah bersikap

seperti enau di dalam belukar.

j. Aktif
Jadilah pelajar yang aktif dengan menyertai pelbagai program di kolej. Pelbagai faedah akan diperolehi disamping

membentuk anda menjadi manusia yang lebih berketrampilan.

k. Memberi dan menerima teguran
Demi keharmonian hidup di kolej, amalkan sikap sanggup menerima dan memberi teguran. Hidup anda akan lebih

ceria.
l. Melaporkan kerosakan
Jika terdapat sebarang kerosakan di kolej, laporkan segera ke pejabat kolej. Jangan biarkan kerosakan tersebut

berlarutan tanpa pembaikan.

m. Hubungan dengan keluarga
Maklumkan kepada ibu bapa dan keluarga anda mengenai maklumat tempat tinggal anda. Anda akan lebih mudah

dihubungi jika mereka memerlukan.

n. Tetamu
Hormatilah tetamu. Jangan biarkan mereka bersendirian. Tawarkanlah sebarang bantuan yang anda mampu untuk

membantu mereka.

o. Martabat diri
Jagalah maruah diri anda. Usahlah melakukan perbuatan yang boleh menjejaskannya. Anda akan lebih dihargai bila

maruah dijaga rapi.

p. Sayangi kolej anda
Ingatlah, anda mendapat pelbagai kemudahan bila anda menginap di kolej. Sedikit sebanyak kerisauan ibu bapa

anda terhadap keselamatan anda terlerai. Oleh yang demikian, syukurilah nikmat yang anda perolehi dan sayangilah
kolej anda.
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199