Page 195 - My FlipBook
P. 195
0 PENGURUSAN HAL EHWAL DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR

18.1 UNIT TATATERTIB PELAJAR 195

Unit ini bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 dan peraturan universiti yang
ditetapkan bagi mengawal disiplin dan sahsiah pelajar. Unit ini turut merangka dan melaksanakan program-program pendidikan dan
pencegahan untuk memberi maklumat dan pendedahan mengenai isu-isu semasa kepada semua pelajar. Unit ini diletakkan dibawah
Pejabat Penasihat Undang-Undang mulai Disember 2008 dan diketuai oleh Timbalan Pendaftar dengan dibantu oleh beberapa
kakitangan sokongan.

Lembaga Tatatertib Pelajar terdiri daripada para pegawai UiTM yang dilantik oleh pihak pengurusan universiti. Fungsi utama lembaga
ini ialah :

• Menjaga nama baik dan kesentosaan universiti

• Mempertahan dan menguatkuasakan undang-undang bertulis yang telah diperuntukan untuk universiti dan pelajar

• Sebagai badan penasihat mengenai perkara atau isu yang berkaitan dengan isu dan masalah perundangan kepada jabatan
dan juga kepada para pelajar.

• Sebagai ahli dalam Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti Malaysia (MATDUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib
Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, IPTA.

Lembaga Tatatertib Pelajar ditubuhkan di peringkat-peringkat berikut menerusi lantikan dan penurunan kuasa daripada Naib Canselor,
UiTM menurut bidangkuasa sepertimana yang diperuntukan dalam Undang-Undang Malaysia, Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib)
1976 (Akta 174 ) seperti berikut :

a. Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Lembaga Tatatertib di peringkat universiti ini dipengerusikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Bidangkuasa

Lembaga ini ialah membicarakan semua jenis kesalahan tatatertib pelajar.

b. Peringkat Fakulti
Dipengerusikan oleh Dekan atau Timbalan Dekan Fakulti yang berkenaan. Bidangkuasa membicara di peringkat ini terhad

kepada semua kesalahan akademik termasuk sahsiah pelajar.

c. Peringkat Kolej Kediaman
Lembaga ini dipengerusikan oleh Pengetua khusus untuk membicarakan kes-kes tatatertib umum dan sahsiah pelajar di

kolej-kolej kediaman UiTM.
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200