Page 23 - My FlipBook
P. 23
Setiap jabatan diberi nama Fakulti; 23

6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;

7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari
Kementerian Pendidikan;

8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan
syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.

9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah,

10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;

11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah
menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang
terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di
premis sementara, namun, penubuhan ini mempunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah
berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 Ogos 1999)

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat
pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada
5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat,
perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi,
sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini
semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam
pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan eksepedisi solo berbasikal
menjelajahi 7 benua.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28