Page 25 - My FlipBook
P. 25
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR 25

PENDAHULUAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk
menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976
dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting di dalam membantu Universiti Teknologi MARA melahirkan graduan
yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.

Peranan ini dimainkan menerusi dua fungsi terasnya (core business) iaitu Pembangunan dan Kepimpinan pelajar, serta menyediakan
Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar.

1). Antara aktiviti Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar adalah seperti berikut :
• Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB)
• Program Finishing School
• Kursus Kokurikulum
• Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
• Pembangunan Sukan
• Pembangunan Keusahawanan
• Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian
• Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Pelajar

2). Manakala Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar adalah seperti berikut :
• Kemudahan Penempatan dan Kolej Kediaman
• Kemudahan Insentif Makan kepada Pelajar Diploma
• Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan
• Bantuan Kewangan dan Biasiswa Pelajar
• Kebajikan Pelajar
• Kemudahan Pengangkutan
• Pembangunan Kerjaya dan Penempatan Pekerjaan
• Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

• Pengurusan dan Kebajikan Pelajar NR
• Perkhidmatan Kaunter Setempat
• Kemudahan Peralatan Teknikal dan ICT
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30