Page 21 - My FlipBook
P. 21
VERSITI TEKNOLOGI MARA
LATAR BELAKANG SEJARAH (1956, 1965, 1967, 1996) 21
UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan
buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan
taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allahyarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus
di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allahyarham Tun untuk
menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipat gandakan jumlah graduan
bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang yang lain.
Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah
UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.
DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965)
Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam
negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk
membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah dikemukakan.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA
(Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA ( Petaling Jaya). Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956
dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 Oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh
badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship, Australian Society of Accountants
dan British Institute of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah
melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh
Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
MAKTAB MARA (1965-1967)
Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran
nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan
yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan
MARA. MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan
tanggungjawab RIDA.