Page 19 - My FlipBook
P. 19
Aluan 19
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah
berusaha dan berjaya mengeluarkan Buku Panduan Pelajar.
Buku Panduan Pelajar, HEP dikeluarkan sebagai salah satu langkah penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan di Bahagian
HEP khususnya kepada pelajar UiTM dan pihak lain yang memerlukan. Buku ini mengandungi penerangan ringkas mengenai
Bahagian, Pusat, dan Unit di bawah Pentadbiran HEP termasuk Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam. Buku ini juga mengandungi
maklumat mengenai bahagian-bahagian lain yang ada hubungan terus dengan perkhidmatan pelajar.
Saya pasti dalam menjalani kehidupan di kampus banyak urusan yang perlu pelajar selesaikan. Dengan demikian, adalah diharapkan
buku ini dapat membantu dan dijadikan rujukan dan kefahaman yang jelas tentang proses kerja sesuatu urusan untuk diikuti serta
pegawai–pegawai yang boleh dihubungi pada bila-bila masa.
Saya memohon kerjasama para pelajar untuk memberi cadangan yang bernas dan praktikal bagi menambahbaik buku panduan
pelajar ini sekaligus memudahkan urusan seharian anda sepanjang pengajian di UiTM. Harapan saya juga agar Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK) pelajar dapat menjadikan buku ini sebagai panduan dalam penyediaan projek KIK mereka untuk mengkaji dan
menambahbaik proses kerja di bahagian HEP.
Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua bahagian/pusat/unit terutamanya diluar bahagian HEP yang
telah memberikan maklumat untuk dimuatkan didalam buku ini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam
PROF. DATO’ DR. ABDULLAH MOHAMAD SAID
Timbalan Naib Canselor (HEP)