Page 17 - My FlipBook
P. 17
Aluan 17

Naib Canselor UiTM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA diberi kesempatan
untuk meneruskan agenda kita yang belum selesai.

Tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang berjaya mengeluarkan Buku Panduan Pelajar UiTM. Saya percaya buku ini akan
menjadi panduan dan rujukan utama semua pihak dalam urusan mereka dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Kepada para pelajar khususnya, jadikanlah buku ini sebagai rujukan utama saudara/saudari bagi menyelesaikan apa jua masalah
yang dihadapi semasa berada dikampus.

Saya juga menyeru saudara/saudari mensyukuri rahmat yang diberikan dengan menunjukkan iltizam yang tinggi sebagai mahasiswa
UiTM. Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya agar anda mampu memainkan peranan dalam pembangunan bangsa, agama dan
negara.

Sesungguhnya kejayaan negara berkait rapat dengan tahap pendidikan rakyatnya. Kejayaan saudara/saudari penting bagi negara
dalam melahirkan generasi berilmu sebagai asas untuk membina kekuatan menghadapi persaingan global.

Berusahalah dengan gigih dan gunakanlah sumber ilmu yang ada untuk membentuk peribadi graduan UiTM yang mampu
memartabatkan bangsa, agama dan negara di seluruh dunia.

Selamat maju jaya.

Sekian.

Wassalam

YBhg Prof Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said
Naib Canselor
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22