Page 58 - My FlipBook
P. 58
3.4 PUSAT SUKAN

Pusat Sukan telah ditubuhkan sejak tahun 1974. Pusat Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan
melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti. Penubuhan Pusat ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan
kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Melalui program dan
aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Pusat Sukan untuk melibatkan seramai 80% masyarakat kampus
aktif di dalam kegiatan sukan.

Pusat Sukan juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Penekanan
kepada 8 teras sukan negara yang diutarakan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan menjadi agenda utama dalam
merencanakan program pembangunan sukan universiti. Sukan tumpuan tersebut ialah bolasepak, hoki, renang, badminton, skuasy,
trek & padang dan tenpin bowling.

58
Pusat sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang
disediakan adalah bertaraf antarabangsa dan mengikut spsifikasi Persekutuan Sukan Antarabangsa. Antara kemudahan yang boleh
digunakan oleh pelajar dan staf universiti ialah stadium yang dilengkapi denan balapan sintetik 400m dengan kemudahan lampu
limpah. Komplek sukan universiti pula mempunyai kemudahan 6 gelanggang tenis, 2 gelanggang sepaktakraw, 1 gelanggang bola
keranjang, sebuah padang bola sepak, sebuah padang hoki,gelanggang bola baling sintetik dan sebuah dewan serbaguna yang
dilengkapi dengan 8 gelanggang badminton. Lain-lain kemudahan yang disediakan ialah komplek kolam renang tertutup, gelanggan
boling padang, padang ragbi, padang hoki, bilik latihan bebanan, dewan badminton dan sebuah tembok mendaki tiruan.

Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Pusat Sukan, antaranya adalah Sukan Antara Kolej Bersekutu (SUKOB), Sukan Antara
Fakulti (SAF), Sukan Bakat Baru, Kejohanan Sukan Dalaman, Sukan Pesta Konvo, Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) dan
Malam Anugerah Sukan. Pasukan sukan universiti juga melibatkan diri dalam Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia, sukan Staf
Universiti, Sukan Badan-Badan Berkanun Malaysia dan lain-lain kejohanan jemputan baik diperingkat tempatan, kebangsaan
mahupun antarabangsa.

Misi
Menjadi sebuah organisasi sukan yang cemerlang dalam pembangunan dan perkhidmatan sukan.

Visi
Membudayakan sukan untuk melahirkan graduan yang cergas, cerdas, cemerlang, dan berdaya saing di peringkat global.

Objektif Utama
• Melaksanakan sukan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan kokurikulum.

• Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan riadah.

• Merapatkan silaturahim sesama masyarakat UiTM dan masyarakat luar kampus.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63