Page 54 - My FlipBook
P. 54
3.3 PUSAT KESIHATAN
Pusat Kesihatan UiTM ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan primer kepada warga UiTM. Pusat
Kesihatan dikendalikan oleh staf yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan staf sokongan yang lain.
Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan disediakan di kampus Shah Alam dan cawangan manakala Perkhidmatan Rawatan Pergigian
buat masa ini hanya disediakan di kampus Shah Alam. Dalam beberapa keadaan tertentu dimana pesakit tidak dapat dirawat di Pusat
Kesihatan UiTM, mereka akan dirujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan. Segala kos rawatan ini akan ditanggung oleh UiTM
mengikut ketetapan dalam Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar UiTM.
Pusat Kesihatan mempunyai kemudahan yang luas skopnya bagi membuat diagnosis dan merawat pesakit. Kemudahan makmal,
ujian ultrasound dan X-ray ada disediakan di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Prasarana yang disediakan juga amat selesa.
54
Pusat Kesihatan kini beroperasi di bangunannya sendiri yang serba moden dan selesa selaras dengan keperluan kesihatan semasa.
Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam terletak berhampiran dengan Kolej Mawar dan Pusat Inovasi. Bermula dari bulan Februari 2008,
Pusat Kesihatan diletakkan dibawah pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi memantapkan lagi fungsi dan peranannya.
Pusat Kesihatan beroperasi dengan 6 unit dengan fungsi yang berbeza seperti berikut :
3.2.1 Unit Perubatan
Unit Perubatan menyediakan kemudahan-kemudahan berikut :
• Rawatan pesakit luar.
• Rawatan kes kecemasan.
• Rawatan wad sementara.
• Surgeri minor.
• Tugas Perlindungan Perubatan (Medical Standby).
• Suntikan vaksin.
• Pengeluaran GL (Surat Akuan Kemudahan Rawatan Perubatan) Pelajar.
3.2.2 Unit Kesihatan Mulut
Mula beroperasi pada 20 Oktober 1982. Pada tahun 2002, ianya diletakkan di bawah organisasi Pusat Kesihatan. Unit
Kesihatan Mulut menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:
• Tampalan
• Penskaleran
• Cabutan gigi susu, gigi kekal dan pembedahan geraham bungsu
• Rawatan salur akar
• Korona/jambatan
• Gigi palsu
• Khidmat nasihat/ rujukan ke klinik pakar