Page 53 - My FlipBook
P. 53
.4 PERKHIDMATAN KAUNTER SETEMPAT 53

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam telah mewujudkan Perkhidmatan Kaunter Setempat di Bangunan Budisiswa dan mula
beroperasi secara rasmi pada 1 Disember 2004.

Tujuan penubuhan perkhidmatan ini adalah untuk memberi perkhidmatan kaunter yang terbaik kepada para pelajar. Di samping itu,
kaunter setempat ini juga menjadi “One Stop Center” bagi para pelajar dan pelawat untuk mendapatkan maklumat mengenai UiTM.
Ini bersesuaian dengan matlamat Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk melaksanakan Konsep Mesra Pelajar.

Perkhidmatan Kaunter Setempat juga berfungsi sebagai :

• Menyediakan maklumat-maklumat berkaitan dengan Fakulti-fakulti, Pusat, Bahagian dan Unit untuk kemudahan pelawat dari
luar dan kakitangan dalaman serta para pelajar.

• Memberi penerangan umum berkenaan dengan Hal Ehwal Pelajar dan UiTM.

• Membantu Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar dalam proses permohonan PTPTN, Biasiswa dan Dermasiswa.

• Membantu kelancaran proses permohonan Tabung Kecemasan Pelajar.

• Menyediakan borang permohonan kenderaan untuk kegunaan pelajar.

• Menyediakan Borang Skim Khidmat Pelajar.

Pegawai & Alamat Perhubungan :

Perkhidmatan Kaunter Setempat
Aras 3, Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel. : 03 - 5544 3538
Faks : 03 - 5544 3517

Pegawai Khidmat Pelangan
Tel. : 03-5544 3538
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58