Page 39 - My FlipBook
P. 39
.1 URUSETIA KUALITI 39

Urusetia Kualiti HEP telah mula digerakkan pada tahun 2007 dan diletakkan di bawah Pentadbiran HEP. Pada tahun 2007, lonjakan
pengurusan kualiti di HEP telah berjaya membawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar mendapatkan Pensijilan ISO 9001:2000 pada 25
Ogos 2007. Proses penambahbaikan pengurusan kualiti ini telah dipertingkatkan dari masa ke semasa sehingga berjaya membentuk
Jawatankuasa Pengurusan Kualiti di peringkat HEP dan akhirnya Unit Kualiti HEP telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari
2008.

Sebagai usaha meningkatkan gerakan kualiti di peringkat HEP, pada 21 Februari 2008 pelancaran Pelan Kualiti HEP (FPUSMO)
telah di adakan di Pusat Sukan untuk memberi gambaran yang jelas terhadap perancangan dan halatuju gerakan kualiti HEP. Pelan
perancangan 5 tahun ini telah berjaya mencapai matlamatnya apabila HEP berjaya menyertai AKNC 2008 dan berhasrat mendapatkan
Pensijilan ISO Korporat HEP pada 2009 disamping meneruskan usaha meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan yang berkualiti
sehingga 2010.

Mulai 1 Ogos 2010, Urusetia Kualiti diperluaskan skop tugasnya untuk menyelaras aktiviti kualiti di HEP dan merancang dan
menyediakan dasar jangka panjang dan hala tuju HEP. Unit ini diletakkan terus di bawah Ketua Timbalan Pendaftar HEP dan
mempunyai fungsi utama seperti berikut :

Kualiti :

1. Menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti HEP
2. Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kualiti HEP
4. Memastikan sistem pengurusan kualiti HEP sentiasa dipertingkatkan.
5. Melaksanakan Audit Kualiti bagi tujuan Pensijilan ISO, Aktiviti 5S dan Anugerah Kualiti Naib Canselor setiap tahun.

Pegawai & Alamat Perhubungan :

Urusetia Kualiti
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Faks : 03 - 5544 3535

Penolong Pendaftar Kanan
Tel. : 03 - 5544 3464
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44