Page 37 - My FlipBook
P. 37
PEJABAT PENTADBIRAN (HAL EHWAL PELAJAR) 37

Pejabat ini menyelaras semua unit pentadbiran Hal Ehwal Pelajar. Ia bertanggungjawab dalam membangun dan melaksana sistem
pengurusan dan perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar meliputi pembangunan sumber manusia, perjawatan, perhubungan dengan
pihak dalaman dan pihak luar, kebajikan pelajar serta staf, kemudahan kolej dan fasiliti pejabat, sekretariat Hal Ehwal Pelajar dan
pentadbiran am mengikut piawaian am Universiti Teknologi MARA.

Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan adalah :

• Bertanggungjawab di dalam merancang, melaksana dan memantau proses pelaksanaan sistem perkhidmatan unit-unit di
bawah ruang lingkup kawalan.

• Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau proses pelaksanaan sistem perkhidmatan di unit yang
ditetapkan.

• Menyelaras dan melaksana dasar penempatan di kolej-kolej kediaman, menyelaras kemudahan dan penyelenggaraan kolej,
menjalankan kajian penempatan di seluruh sistem UiTM dan mengurus hal ehwal kebajikan pelajar.

• Bertanggungjawab memastikan semua kemudahan kolej disediakan mengikut piawaian universiti dan pihak berwajib,
penyelenggaraan kolej yang bersistematik, bersih dan selamat, pentadbiran kolej yang cekap dan berperanan dalam
menjayakan aktiviti pelajar.

• Menyelaras dan memantau Perkhidmatan Kaunter Setempat (One Stop Centre) yang berfungsi sebagai pusat maklumat
mengenai :

- Bantuan kewangan, biasiswa dan pinjaman PTPTN
- Maklumat am fakulti/ pusat/ bahagian/ unit
- Maklumat program yang ditawarkan di UiTM
- Edaran maklumat/risalah yang melibatkan pelajar
- Mengurus aduan pelajar yang diterima dikaunter / e-mail
- Menyelaras perkhidmatan lain seperti hal – hal keselamatan, kewangan dan perpustakaan.
- Kemudahan kolej kediaman
- Kemudahan kenderaan

• Perancangan Strategik dan Jangka Panjang :

- Merangka dan menyediakan dasar dan pelan tindakan, merancang dan menggubal rangka dan strategi makro HEP
- Menyedia dan memantau aktiviti Perancangan Strategik Bahagian HEP bersesuaian dengan visi dan misi UiTM
- Memastikan aktiviti tahunan Bengkel Pemantapan Pengurusan HEP dilaksanakan
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42