Page 45 - My FlipBook
P. 45
.3 UNIT PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR 45

Objektif utama unit ini adalah untuk menyelaras semua aktiviti kebajikan pelajar, biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan termasuk
daripada PTPTN, kerajaan negeri, yayasan negeri, pihak korporat, agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan. Fungsi
utama unit ini adalah menguruskan pinjaman pelajaran PTPTN dalam proses seperti berikut :
a. Permohonan PTPTN
b. Perjanjian PTPTN
c. Pembatalan PTPTN
d. Kenaikan Kadar Pinjaman PTPTN
e. Penangguhan bayaran balik PTPTN

Selain itu, unit ini turut berfungsi sebagai :
a. Membantu meringankan permasalahan pelajar berkaitan kewangan semasa berada di UiTM.
b. Mengurus rekod pinjaman, rayuan pinjaman dan pembayaran balik pinjaman pelajar.
c. Mengurus surat tawaran dan perjanjian pinjaman atau biasiswa.
d. Mendapatkan maklumat dari tabung pinjaman atau biasiswa dari semasa ke semasa untuk makluman pelajar.
e. Mengurus pemberian wang kecemasan apabila berlaku kematian atau kemalangan terhadap pelajar.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut menyediakan tabung dan bantuan kewangan bagi membantu pelajar yang mengalami kemalangan
atau kesulitan kewangan. Penubuhan tabung ini diharap dapat mengurangkan kesulitan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran
yang lebih sempurna. Tabung yang disediakan di bawah unit ini ialah :

1. Tabung Kebajikan Pelajar
a. Bantuan kepada pelajar yang tidak mempunyai pinjaman atau bantuan kewangan dari organisasi luar
b. Pelajar tidak mendapat pinjaman/tajaan dari mana-mana penaja :
i. Pelajar perlu memohon pinjaman/tajaan terlebih dahulu sekiranya gagal, pelajar layak memohon tabung
kebajikan pelajar
ii. Mana-mana pelajar yang telah memohon pinjaman/tajaan (disahkan gagal mendapatkan pinjaman/tajaan)
akan dipertimbangkan bagi mendapatkan bantuan tabung kebajikan pelajar.
c. Pendapatan keluarga RM1,500.00 dan ke bawah.
d. Permohonan dari pelajar semester 2 dan ke atas (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja)
e. Pinjaman wang sebanyak RM500.00 untuk bayaran yuran pengajian perlu dikembalikan sebelum semester pengajian
tamat.
f. Pelajar ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, dipanah petir, tanah/bangunan runtuh, pokok tumbang dan
kebakaran layak memohon.
g. Pelajar mengalami kecurian barang, samun, rompakan dan kecurian layak memohon (Kes perlu dibuktikan dengan
adanya laporan polis).
h. Bantuan bayaran tambang perjalanan kematian ibu bapa.
i. Kemudahan menghantar pelajar balik menziarahi ibu bapa yang meninggal dunia menggunakan kenderaan luar/
kapal terbang. Kadar Bayaran :
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50