PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PELAJAR
Mencapai 20% bilangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda tamat pengajian dengan PNGK 3.5 dan ke atas dan 10% pelajar Ijazah Sarjana Tamat dengan PNGK 3.75.
   
Memastikan 20% pelajar PhD bergraduasi dalam tempoh (GOT), 50% pelajar Ijazah Sarjana bergraduasi dalam tempoh (GOT), dan 90% pelajar Ijazah Sarjana Muda bergraduasi dalam (GOT).
   
Memastikan pelajar Ijazah Sarjana secara kerja kursus menghasilkan sekurang-kurangnya 1 penerbitan (dengan status diterima untuk jurnal) sebelum tamat pengajian, pelajar Ijazah Sarjana secara penyelidikan menghasilkan sekurang-kurangnya 1 penerbitan berindeks (dengan status diterima untuk jurnal) sebelum tamat pengajian dan pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 2 penerbitan berindeks (dengan status diterima untuk jurnal) sebelum tamat pengajian.
   
PENGAJARAN
Mencapai bilangan tenaga pengajar yang berkelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) kepada 50% pada 2020.
   
Memastikan proses semakan kurikulum untuk program Ijazah Sarjana dikaji semula dalam tempoh tidak lebih dari 4 tahun dan program Ijazah Sarjana Muda dikaji semula dalam tempoh 5 tahun.
   
PENULISAN DAN PENERBITAN
Menghasilkan sekurangnya 70 jurnal akademik berindeks setiap tahun.
   
PENYELIDIKAN
Menghasilkan dan memastikan 80% projek penyelidikan dan perundingan yang berdaftar di peringkat kebangsaan atau antarabangsa disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
   
AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Menjalankan empat (4) aktiviti kemasyarakatan berimpak tinggi dalam setahun yang melibatkan pemindahan ilmu, alumni, industri dan komuniti.
   
KEUSAHAWANAN
Mendaftarkan satu (1) projek keusahawanan pelajar dengan MASMED setiap tahun.